Maksud Perkataan
Supaya tak keliru bila baca ke bawah:
Portal
Merujuk kepada laman web Johor GRID bagi DUN Kempas.
Kami, Kita
Merujuk kepada Pejabat ADUN Kempas, yang bertanggungjawab ke atas portal ini. Katalysmedia membina dan mengendalikan sistem bagi pihak pejabat.
Anda, Pengguna
Merujuk kepada individu yang menggunakan portal ini.
Aduan
Merujuk kepada laporan, maklum balas atau isu yang dihantar melalui portal.
Pihak Berkuasa
Merujuk kepada jabatan MBJB dan agensi kerajaan yang berkaitan.
Penggunaan Portal
Sesiapa je boleh guna. Tak payah daftar akaun untuk hantar aduan atau semak status.
Apa Yang Tak Boleh
Bila guna portal ni, jangan:
- Hantar aduan palsu atau mengelirukan
- Guna bahasa kesat, menghina, atau mengugut
- Hantar maklumat peribadi orang lain tanpa izin dia
- Tuduh atau burukkan nama orang lain
- Hantar apa-apa yang melanggar undang-undang
Apa Yang Kami Harap
Untuk aduan anda bergerak laju:
- Bagi maklumat yang betul dan lengkap
- Sertakan gambar kalau ada — senang pejabat nak tunjuk bukti
- Jaga bahasa
- Bagi sikit masa untuk proses berjalan
Lepas Anda Hantar Aduan
Ini yang berlaku, dan ini yang kami tak boleh janji:
Kami semak dulu
Pejabat semak aduan anda dulu sebelum hantar kepada jabatan yang berkenaan.
Kami tak boleh janji tarikh
Kami cuba selesaikan secepat mungkin, tapi kami tak boleh janji tarikh siap. Kerja tu bukan kami yang buat.
Keputusan di tangan jabatan
Jabatan yang jaga benda tu yang tentukan tindakan apa nak ambil. Pejabat ADUN boleh desak dan jejak, tapi tak boleh paksa.
Kami boleh tolak
Aduan yang palsu, mengelirukan, atau melanggar peraturan di atas boleh kami tolak atau padam.
Gambar Anda Kekal Milik Anda
Kami tak ambil hak milik gambar anda. Bila anda upload, anda cuma bagi kami izin guna untuk empat benda ni je:
- Uruskan dan rekod aduan anda
- Hantar kepada jabatan yang berkenaan
- Papar kerja siap di halaman prestasi kawasan — gambar sebelum & selepas, tanpa nama anda
- Laporan kepada MBJB dan simpanan rekod pejabat
Izin ni boleh ditarik balik bila-bila masa — bagitahu kami, kami tanggalkan gambar anda dari halaman awam. Kami tak jual gambar anda, tak bagi kepada syarikat lain, dan tak guna untuk apa-apa selain empat benda di atas.
Had Tanggungjawab Kami
Maklumat paras air, kualiti udara dan gangguan bekalan air datang terus dari agensi kerajaan — JPS, JAS, Ranhill SAJ. Kami papar apa yang mereka bagi. Kalau data mereka lambat atau salah, kami pun dapat yang sama. Jangan buat keputusan kecemasan berdasarkan nombor di sini sahaja.
Portal ni ada masanya down untuk maintenance atau sebab masalah teknikal. Kami tak boleh tanggung kerugian yang berlaku sebab portal tak dapat dibuka.
Portal ini bukan saluran kecemasan. Untuk kecemasan, hubungi 999.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang Terma dan Syarat ini, sila hubungi kami di:
E-mel
khidmat@dunkempas.my
Telefon
07-238 4700
Alamat
Taman Kempas Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Terakhir Dikemaskini: 1 September 2026